“Hari ni syg bawa anak kita Jumpa Abg”- Ramai Seb4k Lihat Hidayah Ziarah Pusara Abam

“Hari ni syg bawa anak kita Jumpa Abg”- Ramai Seb4k Lihat Hidayah Ziarah Pusara Abam

Sudah dua tahun pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam. Anaknya bersama isteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sudah pun berusia 3 tahun.

Baru-baru ini, Hidayah telah meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli sebuah kereta jenis Vellfire atas usaha gigihnya berniaga demi keselesaan anak tersayang untuk kemana-mana.

Bawa anak lepas rindu di pusara

Hari ini, balu pelawak tersebut telah berkongsi momen membawa Hamzah ke pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur.

“Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg…
“Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada..

Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar  kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga…” tulis Hidayah.

Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet berasa hiba melihat anak kepada Allahyarham Abam yang kini mulai membesar tanpa kehadirannya di sisi.

Dapat dilihat juga Hidayah mencium batu nisan yang tertera nama arwah suami bagi melepaskan rindu setelah pemergiannya kira-kira dua tahun lalu.

Seb4k rasa tengok video ni

Menjengah ke ruangan TikTok, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa sebak melihat video terbabit. Lebih-lebih lagi apabila sosok wajah Hamzah hampir mirip dengan Abam ketika masih hidup.

Mereka juga akui merindui pelawak tersebut walaupun tidak pernah mengenali allahyarham secara dekat dan amat mengagumi bakatnya yang pernah menghiburkan kita semua suatu masa dahulu.

Betullah orang kata, semangat seorang wanita ni kuat. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, namun berkat kesabaran itu akhirnya pasti dapat kemanisan dipenghujungnya. Tambah pula bila dah ada anak, ia menjadi sumber kekuatan buat wanita bergelar ibu.

Sama jugalah situasi yang dilalui oleh Siti Norhidayah Mohd Ali, balu allahyarham Abam Bocey yang kini dah mula berjaya setelah bangkit selepas kehilangan insan tersayangnya pada 2020.

Menjadikan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sebagai kekuatan, kini Hidayah boleh menjadi contoh buat ibu tunggal yang lain.

Ini kerana selepas bertungkus lumus membina kehidupan baru bersama Hamzah dengan menjalankan pelbagai bisnes tanpa mengenal erti penat lelah,

Hidayah dah mampu tersenyum kerana berjaya memiliki sebuah kereta idaman yang selesa untuk kegunaannya sekeluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hidayah memuat naik gambarnya dengan Hamzah di depan kereta Vellfire sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Ini kerana selepas bertungkus lumus membina kehidupan baru bersama Hamzah dengan menjalankan pelbagai bisnes tanpa mengenal erti penat lelah, Hidayah dah mampu tersenyum kerana berjaya memiliki sebuah kereta idaman yang selesa untuk kegunaannya sekeluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hidayah memuat naik gambarnya dengan Hamzah di depan kereta Vellfire sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Dapat tunaikan kembali hasrat arw4h Abam

“Alhamdulillah… Akhirnya dapat juga Dayah tunaikan kembali hasrat arwah beli kereta besar untuk keselesaan Hamzah dan keluarga Dayah… Semoga Dayah berjaya dunia dan akhirat…”

“Alhamdulillah.. kereta hasil usaha sendiri.. cantik

“Dulu di kata tak mampu bayar.. Sekarang bukti yang usaha tak kan mengecewakan.. Hasil dapat beli sebiji.. Tahniah kak.. Membanggakan..

Sebelum ini, Hidayah pernah meluahkan rasa sebaknya apabila melihat kereta yang pernah dinaiki bersama arwah suami di jalan raya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Hidayah dalam video yang dimuat naik di akaun TikToknya itu, kereta itu banyak kenangan kerana arwah suaminya membeli kenderaan jenis Toyota Vellfire itu ketika mereka masih bersama untuk keselesaannya bersama anak.

Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar ini la kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.

Dalam masa yang sama Hidayah turut memohon doa agar perniagaannya terus berjaya dan dia dengan Hamzah dapat hidup senang.

Tak sangka Allah makbulkan doa Hidayah dan semua orang. Allah Maha Hebat. DIA dengar doa setiap orang.

Diharapkan Hidayah dan Hamzah terus berada dalam rahmatnya dan moga Hidayah dapat terus berkongsi rezeki dengan ibu ayah dan ahli keluarganya yang lain.

 

Sumber: OMM

 

LihatTutupKomentar