Seorang guru wanita maut selepas kereta Honda CRV yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di Jalan Jeniang-Sik-Pedu (Jalan Sungai Pau) di sini hari ini.

Siapa Tak Sedih Bila,Orang Penting Negara Kita Terbabit Dalam Kemalangan Ni “Guru Wanita Mavt Dan Aggota Bomba Cedera”

Doakan Yang Terbaik Buat Mereka Yee.

SIK – Seorang guru wanita maut selepas kereta Honda CRV yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di Jalan Jeniang-Sik-Pedu (Jalan Sungai Pau) di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang tadi, maangsa, Fatin Syazrina Mohd Yusof, 30, disahkan meniinggaal dunia di tempat kejaadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Selain itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Saiful Azhar Ahmad Fadzil, 45, pula cedeera di tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata kemalaangan membabitkan empat kenderaan.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati sebuah Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 61 tahun dari arah Jeniang menghala ke Sik dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Akibat daripada itu, kereta terbabit melanggar sebuah Honda CRV dan sebuah pacuan empat roda Bomba dan sebuah Mitsubishi Subaru Legacy.

“Akibat dari pelanggaran itu, kereta Honda CRV yang dipandu guru wanita terbabit melambung dan berpusing beberapa kali lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdull Razak berkata, guru wanita itu disahkan meniinggal dunia di tempat kejadiaan akibat kecedeeraan parah di kepala manakala pemandu kereta Proton Wira itu dan pemandu Mitsubishi Subaru Legacy iaitu lelaki berusia 27 tahun itu tidak cedera.

Beliau berkata, mayaat maangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk dibedah siasat.

“Penumpang hadapan kereta Proton Wira itu yang berusia 60 tahun cedera di kaki manakala anggota bomba terbabit cedera di tangan kiri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata anggotanya dalam perjalanan pulang ke Guar Chempedak selepas selesai menjalani latihan bot di Sik.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 2.44 petang dan sepasukan anggota dari BBP Sik tiba di lokasi pada jam 2.55 petang untuk membantu mangsa.

Sumber Dan Rujukan

ApaCerita Preess

LihatTutupKomentar