“Kekuatan Untuk Bekerja Datang Dari Bapa Mertua Saya” – Puteri Sarah-. Dia suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati" ❤️


TERKINI, “Kekuatan Untuk Bekerja Datang Dari Bapa Mentua Saya” – Puteri Sarah-.

TERKINI, “Kekuatan Untuk Bekerja Datang Dari Bapa Mentua Saya” – Puteri Sarah-.

Empat tahun menyembunyikan mengenai masalah rumah tangganya yang dikatakan berpunca daripada kehadiran orang ketiga iaitu, Ira Kazar bukan mudah buat pelakon Puteri Sarah.

Memetik Oh Bulan, bagaimanapun Puteri Sarah berkata bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam pernah menghalang dirinya duduk di rumah dan terus meratap dengan apa yang berlaku. Katanya lagi, kekuatannya untuk bekerja sejak dua tahun lalu datang daripada bapa mentuanya.

“Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati. Fokus dekat penggambaran dan jaga anak-anak. Masa mula-mula saya nak buat, memang tak ada kekuatan, rasa takut. Bila dah mula kerja, jadi ketagih asyik back to back.

“Saya nak jadi Sarah yang dahulu maksudnya yang bekerja dan ada konfiden dengan diri sendiri,” katanya.

Ditanya adakah anak-anak memahami situasi sebenar, Puteri Sarah berkata mereka tidak tahu dan dia memilih untuk merahsiakan.

“Anak-anak sampai sekarang tak tahu. Masa saya pergi Singapura, saya tinggalkan anak-anak dengan datuk dan datin. Jadi mereka fikir pergi jumpa atuk, nenek dan sepupu.

“Alhamdulillah mereka dikelilingi orang-orang yang positif dan supportive itu yang saya perlukan. Saya tak nak mereka hidup dengan toksik jadi saya keluarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah mengakui sebak apabila ibu dan bapa mentuanya itiau Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail tampil bersuara mengenai isu tersebut.

“Saya gembira sebab selama keluarkan kenyataan, saya ingatkan seorang diri. Netizen asyik cakap saya saja yang bersuara dan sebar aib.

“Saya tahu Datuk dan Datin sokong tetapi mereka tak pernah bersuara sehingga hari Syaikhul (anak sulung) dimasukkan ke hospital. Masa itu, saya tahu saya tidak berjuang sendirian. Saya rasa disayangi dan terjaga,” katanya.

Sumber:ROTIKAYA

PERHATIAN: Pihak ENEWS27 tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page ENEWS27 Ya. Terima Kasih.

LihatTutupKomentar