Minta Tukar Nama Harta, Ibu Dih4lau 2 Anak & Dihantar Ke Rumah Orang Tua, Bagi Alasan Banyak Tanggungan Lagi berjaya, lagi lupa daratan 😑

Minta Tukar Nama Harta, Ibu Dih4lau 2 Anak & Dihantar Ke Rumah Orang Tua, Bagi Alasan Banyak Tanggungan

Minta Tukar Nama Harta, Ibu Dih4lau 2 Anak & Dihantar Ke Rumah Orang Tua, Bagi Alasan Banyak Tanggungan

Ibu bapa adalah tunggak dalam sesebuah keluarga. Mereka juga lah insan yang melahirkan, membesar serta mendidik anak dari kecil hingga dewasa. Pengorbanan dan jasa yang dicurahkan mereka amatlah besar. Oleh itu, anak-anak seharusnya berkhidmat dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa semampu yang boleh.

‘Sampai depan rumah, anak halau’

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Faiz Hakim ada berkongsi satu video mengenai kisah di sebalik penghuni rumah orang-orang tua. Menerusi kisah tersebut, seorang wanita warga emas dari Kelantan dikatakan mempunyai dua orang anak yang bekerja sebagai doktor dan jurutera di sebuah syarikat terkemuka.

Mak cik umur 66 tahun, asal Kelantan. Dua orang anak, doktor dan jurutera. Suami meninggal dunia. Minta mak turun nama harta semua pada nama anak-anak sampai sehelai sepinggang.

Difahamkan, wanita berusia 66 tahun itu dipercayai telah dihantar ke rumah orang tua oleh dua orang anaknya yang dikatakan terlalu sibuk bekerja dan banyak tanggungan. Lebih meruntun hati apabila ada suatu hari, wanita ini pergi ke rumah anaknya tetapi setibanya di sana, dia telah dihalau.

Pernah nak jumpa anak sahaja dengan petugas, sampai depan rumah, anak halau. Ditinggalkan mak dekat rumah orang tua waktu malam dengan alasan banyak kerja dan tanggungan hidup.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa wanita ini. Bukan itu sahaja, mereka berharap agar anak-anak wanita ini dilembutkan hati dan diberikan kesedaran. Dalam kesempatan itu, mereka menasihati orang ramai supaya lebih menghargai dan menyayangi ibu bapa dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tersayang.

Respon netizen

PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih

Sumber: Faiz Hakim / ohbulan

LihatTutupKomentar