"Belajar mana ini?" - Bulu mata anak dipotong setiap malam hingga 'botak' gara-gara ingin lentik

"Belajar mana ini?" - Bulu mata anak dipotong setiap malam hingga 'botak' gara-gara ingin lentik

 

Apabila bayi baru dilahirkan, pastinya ada segelintir dari kalangan ibu bapa melakukan perkara yang tidak masuk akal pada anak mereka sehingga boleh mendatangkan kemudaratan.

Baru-baru ini tular satu video dimana seorang ibu menggunting bulu mata anaknya yang masih kecil itu hingga 'botak' kerana percaya dengan melakukan seperti itu, bulu mata anaknya akan melentik.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @ClarisaDewantari, difahamkan dia akan menggunting bulu mata anaknya pada setiap malam jumaat ketika anaknya sedang tidur kerana baginya ia waktu yang sesuai dan memudahkannya untuk menggunting bulu mata.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen berang dengan sikap ibu kepada bayi tersebut yang seolah-olah tidak mempunyai ilmu dari segi 'parenting'.

Dalam masa sama, ada juga menyifatkan ianya satu penganiayaan kerana bulu mata bayi terbabit sedia ada kerana fungsinya adalah untuk memastikan habuk tidak masuk ke mata.



SUMBER : TikTok @clarisadewantari

LihatTutupKomentar