“Gembiralah, lni Hari Jumaat”- Nabil Habiskan RM3.5k Belanja Rakan Sekerja Di Starbucks

“Gembiralah, lni Hari Jumaat”- Nabil Habiskan RM3.5k Belanja Rakan Sekerja Di Starbucks

PeIawak dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad meraih perhatian netizen apabila dia tidak kdekut dalam membelanjakan wangnya sendiri sebanyak RM3,560 untuk membeli minuman dan bekas tumbler di Kafe Starbucks buat rakan sekerjanya di radio Era.

Menerusi perk0ngsian yang dimuat naik oleh @era.kje di laman TikT0knya, kelihatan Nabil bersama rakan yang lain singgah ke kafe itu ketika dalam perjalanan program Touera 2022 di Kedah Darul Aman.

Alhamdulilah, bagusnya Nabil ni..rajin bersdekah

Difahamkan, pada awalnya Nabil hanya mahu membayar minuman yang ditempah namun, selepas dipujuk oleh rakan-rakannya untuk belanja bekas minuman Starbucks, dia menuruti sahaja permintaan mereka yang berjumlah RM3,560.

Sifat pemurah yang ditunjuk oleh penyampai radio yang berusia 39 tahun itu mendapat pujian netizen dimana dia antara selebriti yang tidak pernah kdekut dalam memberikan sesuatu kepada orang di sekelilingnya.

Macam ser0nok je kerja dengan radio era, kawan-kawan kerja semua sporting!

Malah, Nabil turut memaklumkan dia berasa gembira apabila dapat berk0ngsi rezeki bersama rakan sekerjanya itu terutamanya hari ini merupakan penghulu segala hari.

“Gembiralah. Ini hari Jumaat, hari paling berkat, Inilah masanya,” katanya.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang berminat untuk bekerja di radio Era memandangkan pekerja-pekerja di stesen radio tersebut kelihatan baik dan mempunyai persekitaran pekerjaan yang bagus.

Sumber: TikT0k @era.je, omm

LihatTutupKomentar