
‘Kau Ingat G3lek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke’Bangganya kau – Teguran Ustaz Ahmad Dusuki
‘Kau Ingat G3lek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke’Bangganya kau – Teguran Ustaz Ahmad Dusuki
Nama selebriti versatil Ifa Raziah menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu.
Bermula dengan tular video bergelek di sebuah majlis keramaian, diikuti dengan penjelasan Ifa yang menegaskan yang dia berbuat demikian selepas usai majlis akikah dan dibayar sebanyak RM20,000 untuk membuat persembahan.
Kau bayar aku RM20,000, aku gelek!
Terbaru, Ifa sekali lagi menjadi bualan ramai selepas menempelak netizen yang meminta dia untuk bergelek ketika siaran langsung di TikTok.
Pelakon berumur 46 tahun itu menegaskan dia tidak akan menuruti permintaan sekiranya tidak menerima sebarang bayaran.
Bukan free tau. Aku duduk dalam dunia ini tak ada buat benda free. Semua berbayar. Bukan setiap hari kita untung, ada masanya kita tak untung macam orang berniaga seperti saya.
Ada masa yang tak ada show (persembahan), ada masanya saya laris di pasaran di mana saya ada tiga atau empat kali show.
Tapi, kalau yang masuk ini (siaran langsung di TikTok) ini mahu saya bergelek, suruh menyanyi, benda itu bukannya free tapi berbayar. Kalau masuk duit dalam akaun, saya boleh bergelek. Dengan bayaran, tiada benda free di dunia ini.
Setiap mukmin akan disoal
Kenyataan itu mengundang pendakwah terkemuka, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani untuk menegur pemilik nama Saripah Raziah Mustaph di Facebook.
Tak semua boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika Tyang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.
Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.
Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggvngnya di khalayak ramai di dunia ini.
Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau!!
PERHATIAN: Pihak ENEWS tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page ENEWS Ya. Terima Kasih
Sumber: Instagram @ifa_raziah & Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani / ohbulan