Tingg4lkan 3 Anak Kecil Di Rumah Tanpa Jagaan, Ibu H4mil Dihadapkan Ke Mahk4mah

Tingg4lkan 3 Anak Kecil Di Rumah Tanpa Jagaan, Ibu H4mil Dihadapkan Ke Mahk4mah

Tingg4lkan 3 Anak Kecil Di Rumah Tanpa Jagaan, Ibu H4mil Dihadapkan Ke Mahk4mah

Seorang wanita hamil didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya sehingga mendatangkan risiko kecederaan tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Masanizah Roslan, 40, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari, yang menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kerana pendapatan bulanannya kecil dan mengalami alahan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 September untuk serahan dokumen dan lantikan peguam bela.

Kes ibu hamil ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan keberadaan suaminya ketika kejadian.

“Kenapa ibu sahaja yang didakwa sedangkan dia meninggalkan anak-anaknya untuk bekerja. Suaminya di mana?” kata Nia Fridani.

“Undang-undang apa ni siap bergari? Mana si suami, tak kena tindakan apa-apa ke? Atau halimunan seperti kapal LCS?” kata Eyla.

“Mungkin puan ini ada masalah kewangan. Nak tinggalkan anak di rumah pengasuh, tak ada duit nak bayar. Terpaksa tinggalkan anak-anak di rumah begitu sahaja sebab dia perlu bekerja. Wallahualam,” kata Entelo.

PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih

Sumber: Harian Metro / hariangempak.

LihatTutupKomentar