“Dengan Cucu Pun Nak Berkira Ke?” Perl1 Ibu Mertua Minta ‘Gaji’ Untuk Jaga Cucu, Lelaki Ini T3ruk Dik3cam Netizen
Seorang individu tampil ‘memerli’ ibu mentuanya yang telah meminta sedikit wang sebagai upah menjaga cucu ketika dia keluar bekerja. Dalam hantaran itu, si ibu mentua kepada lelaki itu telah meminta upah menjaga anaknya sebanyak RM100 setiap bulan untuk digunakan sebagai wang saku.
Salam Munir, mak nak tanya segan. Mak jaga Hafis ni, mak ingat nak duit belanja mak kira macam upah mak boleh? Munir bagi RM100 je tak apa kalau tak ada duit.
Menantu lelaki balas dengan nada sinis pula
Lelaki itu kemudian membalas dengan nada sinis sebelum berjanji untuk memberi wang yang diminta apabila dapat gaji kelak. Malah, lelaki itu turut menyifatkan ibu mentuanya sebagai seorang yang berkira kerana meminta upah untuk menjaga cucunya sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan sepatah dua kata di mana rata-rata mereka merasakan lelaki berkenaan telah mengambil kesempatan di atas kebaikan ibu mentua sendiri.
Tak malu ke? Sepatutnya bro yang awal-awal hulur dulu duit dekat mak mertua
Mak mentua minta RM100 je. RM100 apa lah sangat dibandingkan dengan tenaga mak tu nak jaga anak kamu. Lagi-lagi kalau mak tu dah berumur. Ingat tak letih ke jaga budak-budak?
Selain itu, netizen menasihatkan individu itu untuk muhasabah diri dan sepatutnya berasa malu kerana memperlakukan orang tua seperti itu.
Kredit: Twitter
PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih
sumber: ohmedia via https://infoslikemedia.com/ celevillage