Kes Najib: Puad tuntut Tengku Maimun jawab tiga soalan.

Kes Najib: Puad tuntut Tengku Maimun jawab tiga soalan.
AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi hari ini, menuntut jawapan daripada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berhubung tiga persoalan membabitkan kes Datuk Seri Najib Razak.

*“Betulkah permohonan Najib guna Peguam Diraja dari United Kingdom (UK) ditolak kerana dia (Jonathan Laidlaw) tidak fasih berbahasa Melayu.* Apakah Dr Pornthip pakar patologi dari Thailand dalam kes Teoh Beng Hock fasih cakap Melayu?

“Alasan permohonan Najib guna Peguam Diraja dari UK ditolak kerana Peguam dari Malaysia cukup pakar. Tetapi *kenapa Jabatan Peguam Negara guna peguam swasta Gopal Seri Ram jadi pendakwa?* Apakah negara tidak ada pendakwaraya yang pakar setelah 65 tahun merdeka?

“Najib memohon Ketua Hakim Negara menarik diri kerana suaminya adalah penyokong pembangkang secara terbuka. Masalahnya *kenapa Ketua Hakim Negara sendiri yang menjadi hakim sama ada dia perlu tarik diri atau tidak,”* tulisnya di Facebook.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, beliau pernah mengusulkan soalan sama sebelum ini namun tidak dijawab.

*“Cukuplah tiga soalan itu diulang balik.* Tolong jawab secara terbuka. Sudah pasti permohonan Najib ditolak,” katanya.

Terdahulu, Tengku Maimun menggesa ahli politik dan masyarakat membaca serta memahami alasan penghakiman sesuatu kes mahkamah terlebih dahulu sebelum mahu membuat sebarang kenyataan dan kesimpulan.
LihatTutupKomentar