Sebak Tak Terhingga ‘Tugasan Terakhir Bapa Menghantar Anak Menduduki SPM’ – Anak Meraung Lihat Ayah Maut Depan Sekolah

Sebak Tak Terhingga ‘Tugasan Terakhir Bapa Menghantar Anak Menduduki SPM’ – Anak Meraung Lihat Ayah Maut Depan Sekolah

Calon SPM Meraung Lihat Ayah Maut Depan Sekolah

Machang : Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hilang semangat untuk menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu pagi tadi apabila melihat bapanya m4ut dirempvh sebuah kereta di Kilometer 6, Jalan Machang-Pasir Puteh selepas menghantarnya ke sekolah pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, m4ngsa, Zainudin Ab.Samat, 56, yang merupakan seorang pemandu lori balak men1nggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami keceder4an p4rah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai meletakkan lori yang dipandunya di tepi jalan sebelum memimpin tangan anak lelakinya itu melintas jalan.

Menurutnya, selepas menghantar anaknya di pintu pagar sekolah berkenaan, mangsa terus melintas dari kiri ke kanan jalan di kawasan bukan lintasan pejalan kaki untuk kembali ke lorinya.

Ketika kejadian, sebuah kereta jenis Volvo S70 sedang bergerak di atas jalan raya itu.

Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak mangsa sebelum merempuhnya sehingga pemandu lori itu tercampak dan terjatuh di lokasi kejadian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Ganti memberitahu, m4ngsa tidak sedarkan diri dan disahkan men1nggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, m4yat mangsa dihantar ke Hospital Machang di sini untuk bedah siasat,Siasatan lanjut turut mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian m4ngsa kerana melintas jalan di kawasan bukan lintasan pejalan kaki.

Anak m4ngsa dipercayai tidak meneruskan hasrat untuk menduduki peperiksaan SPM pagi tadi selepas kejadian yang menimpa bapanya,katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga anak ini tabah untuk meneruskan peperiksaan walaupun tanpa ayah tersayang disisi kini yang sentiasa menjadi penguat dirinya.Al fatihah.

 Sumber Dan Rujukan

Media Tular

LihatTutupKomentar