Sempat hantar isteri pergi kerja, pengantin 18 hari maut kemalangan

Sempat hantar isteri pergi kerja, pengantin 18 hari maut kemalangan

Sempat hantar isteri pergi kerja, pengantin 18 hari maut kemalangan

Berasa resah sepanjang di tempat kerja menjadi petanda buat pengantin baharu, Nur Aishah Mat Hassan kehilangan arwah suami Mohamad Norhakim Nor Rusdi buat selama-lamanya.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 22 tahun itu meminta supaya arwah suami menghantarnya ke tempat kerja sebelum insan tersayang maut di lokasi kemalangan di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, semalam.

Nur Aishah berkata, arwah suami yang berusia 21 tahun ketika itu dalam perjalanan ke rumah saudaranya di Kampung Pahi, Kuala Krai kerana adiknya akan berangkat ke Kuala Lumpur.

“Tidak beberapa lama selepas itu, adik arwah menghubungi saya dan memaklumkan abangnya masih belum sampai setelah menunggu selama sejam…

“…dan saya kemudiannya menghubungi telefon arwah lebih 10 kali, tetapi tidak berjawab selain mesej yang dihantar melalui WhatsApp juga tidak dibaca.

“Sepanjang berada di tempat kerja saya tidak tenteram selain perasaan juga berdebar-debar selepas tidak dapat menghubungi arwah suami…

“…sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada keluarga yang memaklumkan anggota polis datang ke rumah dan meminta membuat pengecaman ke atas mayat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan hasil siasatan mendapati mangsa yang memandu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres.

Bas yang membawa 17 penumpang itu kemudian bergesel dengan Perodua Kelisa dipandu seorang individu yang ketika itu berada di belakang kereta dipandu mangsa.

Tambah Nur Aishah, dia bagaimanapun menerima qada dan qadar Allah SWT meskipun baru mendirikan rumah tangga pada 13 Ogos lalu.

Sementara itu, tinjauan di akaun Facebook milik Nur Aishah mendapati dia ada memuat naik sebuah posting berhubung pemergian arwah suaminya.

“Semoga suamiku tenang di sana. Tenanglah kamu di sana wahai suamiku tercinta,” tulisnya pagi tadi.

Lebih menimbulkan rasa sebak ahli keluarga dan kenalan apabila foto perkahwinan pasangan itu masih ‘segar’ dikongsi untuk tatapan ramai sebaik selesai diijabkabulkan.

Sumber dan rujukan

Harian Metro (Hazira Ahmad Zaidi) , Facebook Ecah Hassan VIA OMM

LihatTutupKomentar