Terkini Lukisan Katak, Monyet Dan Beruk Di Parlimen ‘Pikat’ Hati Sultan Selangor-.
Terkini Lukisan Katak, Monyet Dan Beruk Di Parlimen ‘Pikat’ Hati Sultan Selangor-.
Lukisan merupakan suatu karya seni yang mempunyai nilainya yang tersendiri. Sebilangan orang menganggap lukisan hanyalah melukis dan mewarna sahaja.
Namun, lukisan juga mampu mewarnai kehidupan seseorang. Ada sesetengah lukisan dijual pada harga yang tidak masuk akal, contohnya lukisan “Monalisa” yang bernilai jutaan ringgit.
Sebenarnya lukisan juga bergantung pada minat seseorang atau mempunyai persamaan tertentu. Lukisan melambangkan kepelbagaian maksud yang tersirat, tidak kiralah dalam aspek kehidupan mahupun tidak.
Terkini, sebuah hasil karya seni lukisan unik telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor seperti yang dikongsi menerusi Twitter Selangor Royal Office hari ini.
“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor.
“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu.
“Satu hari nanti, Baginda berhasrat melelong lukisan ini dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” maklum kenyataan tersebut.
Melihat kepada lukisan itu, ia seakan-akan sedang memaparkan suasana di Dewan Rakyat semasa Sidang Parlimen yang berjalan.
Namun apa yang menariknya, turut kelihatan beberapa jenis haiwan seperti katak, monyet dan beruk sedang ‘sibuk’ bersidang di kerusi masing-masing.
Tidak pasti apakah maksud sebenar di sebalik lukisan unik ini, namun ternyata ia jelas berjaya memikat hati Baginda Sultan Selangor untuk memilikinya.
Sumber:SIAKAP KELI