Angkara Pemandu Yang ‘Lalok’ Hingga Menyebabkan 4 Beranak Maut

Angkara Pemandu Yang ‘Lalok’ Hingga Menyebabkan 4 Beranak Maut

Bapa tenang peluk anak yang selamat

Kemalangan maut yang menyebabkan empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis MPV Toyota Vellfire yang dinaiki mereka dirempuh oleh acuan empat roda Nissan Navara di Kilometer (KM) 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) sememangnya mengejutkan.

Mangsa yang maut merupakan seorang wanita dan 3 kanak-kanak dalam perjalanan dari Gua Musang Ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis perkahwinan. Namun begitu, pemandu kenderaan tersebut yang juga suami mangsa hanya cedera ringan.

Lebih membuatkan warganet geram adalah pemandu Nissan Navara tersebut didapati positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan.

Namun begitu, menerusi perkongsian video dari orang awam yang berada di lokasi kejadian, suasana sayu telah menyelubungi apabila pemandu Vellfire itu memeluk anak-anaknya yang selamat dan membantu mengangkat jenazah anak serta isterinya yang telah tiada.

Dia dilihat tenang dan menenteramkan keadaan apabila melihat anak-anaknya masih dalam keadaan terkejut dan trauma disebabkan kemalangan yang menyebabkan mereka kehilangan ahli keluarga.

Melalui laporan dari Harian Metro,Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, empat mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Raihan Mohamad, 43, seorang suri rumah dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan berusia empat tahun.

Tambahnya, pemandu MPV yang juga suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, seorang guru di Felda Aring 1, Gua Musang dan pemandu pacuan empat roda hanya mengalami cedera ringan.

Sumber Dan Rujukan

Oh  My Media

LihatTutupKomentar