B4yi Yang Dibuang Di Pasar Malam Oleh Ibu Bapanya Sendiri Selepas Mereka Bertengkar Akhirnya Berjaya Diselamatkan

B4yi Yang Dibuang Di Pasar Malam Oleh Ibu Bapanya Sendiri Selepas Mereka Bertengkar Akhirnya Berjaya Diselamatkan

B4yi Yang Dibuang Di Pasar Malam Oleh Ibu Bapanya Sendiri Selepas Mereka Bertengkar Akhirnya Berjaya Diselamatkan

Bayi yang berusia dua minggu berjaya diselamatkan selepas dibuang oleh ibunya di depan kedai selepas ibu bapanya bergaduh, lapor Daily Mail.

Menurut penduduk di Thawi Watthana, Bangkok, melaporkan terdengar suara tangisan bayi pada jam 11 malam Khamis lalu.

Bayi lelaki itu kemudian ditemui dibalut dengan selimut Mickey Mouse di atas meja yang digunakan oleh peniaga untuk menjual air kelapa.

Siasatan awal polis mendapati, ada saksi yang mendakwa ternampak satu pasangan yang bertengkar sebelum meninggalkan bayi berkenaan.

Bayi itu kini dibawah penjagaan pihak hospital untuk sementara waktu.

Sekiranya tiada sesiapa yang datang menuntutnya, dia akan ditempatkan di rumah anak yatim.

Jurucakap polis dari Phra Kanong berkata, “Mungkin bayi itu ditinggalkan di atas meja kerana ibu bapanya bertengkar. Saksi kata mereka ternampak lelaki dan perempuan bertengkar sebelum ini.

“Kami sedang memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan suspek. Mereka akan did4kwa kerana membuang bayi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih

Sumber:balikbilik

LihatTutupKomentar