DaIam Nada Seb4k, Menltiskan Alr Mata. Lni Kata2 R0smah Mans0r Sebelum Dij4tuhl Hukuman Penj4ra 10 Tahun, Denda RM970j!
Sebelum ini kami melaporkan yang Mahkamah Tinggi dapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Hakim Zaini telah menjatuhkan hukuman itu.
1. 10 tahun bagi setiap pertuduhan, tetapi berjalan secara serentak.
2. Denda RM970 juta untuk tiga pertuduhan.
3. Gagal bayar denda, akan ditambah 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.
Rosmah Mansor semalam memfailkan permohonan untuk membatalkan kelayakan Mohamed Zaini Mazlan daripada menjadi hakim perbicaraannya.
Rosmah sebak, menangis merayu belas ihsan sebelum hukuman
Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan sebak dan menitiskan air mata memohon Mahkamah Tinggi di sini bersikap belas ihsan dan lebih berperikemanusian dalam menentukan hukuman terhadapnya.
Ketika diberikan peluang untuk bercakap dan merayu beliau mengatakan tidak pernah meminta rasuah atau menyeleweng wang dari mana-mana pihak.
“Tolong belas ihsan, ini boleh berlaku kepada saya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau sesiapa sahaja pada masa hadapan. Mereka telah lakukannya (hukum) kepada suami saya agar kami menanggung sengsara.
“Kami sedang menanggung sengsara, anak-anak saya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita kini yang terpaksa memikul tugas seorang bapa. Tolong jadi lebih berperikemanusiaan,” ujarnya dalam nada sebak selain turut mengatakan mahu meninggalkan mahkamah dengan memori baik terhadap sistem keadilan.
Katanya, dia juga menyerahkan segalanya kepada Allah yang bagi menentukan yang mana betul dan yang mana salah.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi mendapati Rosmah, 71, bersalah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak. – KOSMO! ONLINE