
Lebih 345,000 Tandat.AnganPetisyen Desak B.Ebaskan ‘Sam Ke Ting’ Yg Did.AkwaMemandu Secara Melulu Ke Atas 8 Remaja.
Sebuah petisyen memb.antah keputusan m.ahkamah berhubung kes seorang wanita yang dipe.njara enam tahun atas kesalahan memandu secara mel.ulu sehingga menyebabkan kem.atian lapan remaja basikal lajak pada 2015.
Petisyen itu diwujudkan oleh seorang pengguna, Wan Junaida dengan tajuk ‘B.ebaskan Sam Ke Ting daripada pert.uduhan memandu secara melulu #FreeSamKeTing’ bagi mendesak pihak berkenaan membe.baskan Sam Ke Ting.
Dia pada asalnya dibebaskan daripada pert.uduhan memandu secara melulu oleh mahkamah majistret di Johor Bahru pada Oktober 2019, dib.ebaskan dan dilepaskan pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri.
“Seperti yang dinyatakan oleh majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefonnya dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu…
“…membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati, tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku…
“…dimana pemandu tidak dapat menj.angka akan ada geng basikal di jalan raya pada pukul 3 pagi,” jelas pengguna tersebut di ruangan penerangan.
Sementara itu, laman Twitter @My_CrimeWatch berkongsi semula satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan aksi remaja terbabit di Lebuhraya Lingkaran Dalam, Johor Bahru sebelum berlaku kemalangan.
Ulang tayang dashcam pada 2017
Tidak cukup dengan itu, media sosial Twitter juga trending menerusi tanda pagar #justiceforsamketing bertujuan menuntut keadilan kerana rata-rata menyifatkan kerani berusia 27 tahun itu tidak bersalah.
Sehingga artikel ini ditulis, lebih 345,000 orang sudah menandatangani petisyen supaya pihak mahkamah meneliti semula sekali gus membatalkan hukuman terhadap Sam Ke Ting.
Doakan Sam, Kata Peguam Kes Basikal Lajak
Peguam mewakili Sam Ke Ting meminta orang ramai mend.oakan kerani itu selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan huk.uman penjara enam tahun dan denda RM6,000 atas kes.alahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kem.atian lapan remaja berbasikal lajak.
Faizal Mokhtar turut meminta orang ramai mendoakannya bagi membolehkan beliau membawa kes itu dengan baik di Mahkamah Rayuan.
“Kami telah berbincang untuk membuat rayuan terhadap kep.utusan mahkamah. Semoga saya dapat menyediakan dokumen hari ini dan memfailkan rayuan esok,” katanya kepada FMT.
Faizal berkata, Sam kelih.atan tenang selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan.
Terdahulu, Sam, 27, turut diperintahkan menjalani hukuman selama enam bulan penjara lagi jika tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, menurut laporan Berita Harian.
Hukuman itu adalah susulan rayuan Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang membebaskannya kerana menyebabkan kematian lapan penunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017.
Mahkamah melepas dan membebaskannya pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya untuk membela diri atas pertuduhan dihadapi pada 28 Okt 2019.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memerintahkan Sam membela diri pada 18 Feb tahun lalu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Sam yang berusia 22 tahun ketika kejadian, didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, selain lesen memandu digantung, jika sabit kesalahan.
Remaja yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Sumber: Petisyen change.org , Twitter @My_CrimeWatch & #justiceforsamketing via omedia