Lelaki Warga Emas Ditemui Kelaparan, Terpaksa Makan Sisa Makanan Dalam Tong Sampah Untuk Alas Perut

Lelaki Warga Emas Ditemui Kelaparan, Terpaksa Makan Sisa Makanan Dalam Tong Sampah Untuk Alas Perut
Jika ada diantara kita yang bosan dengan selalu memakan nasi berlaukkan telur dan kicap setiap hari, di luar sana mungkin ada orang yang akan sangat bersyukur jika makan makanan tersebut.
“Lokasi berdekatan UTC Pasar Besar di Ipoh. Pakcik mencari makanan dalam sampah dan memakan sisa yang dibuang oleh orang lain,” tulis kapsyen posting tersebut.
Menerusi video itu, warga emas itu kelihatan seperti gelandangan dengan memakai pakaian kotor dan keadaan dirinya yang tidak terurus. Dia juga kelihatan kurus dan agak kurang sihat malah sebaik sahaja menjumpai cebisan sisa itu, dia terus makan tanpa ragu-ragu.
Bahkan, jika terlihat mana-mana orang yang sanggup menyelongkar sampah demi mencari sisa-sisa makanan, sedar tak sedar air mata kita mengalir kerana kasihan dan tidak sanggup melihat mereka kelaparan.
Itulah terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang dilihat sedang mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah di sekitar Ipoh, Perak.
Menerusi laman Facebook Ipoh Com, terdapat video yang dikongsikan dan berjaya meraih lebih 9,700 perkongsian dalam masa 24 jam.
PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih
Sumber: Ipoh Com