“Pembed4han ketiga iaitu sambvngan usvs serta memasukkan tiub gestrol dekat pervt dijalankan di HTA, dengan usvs kecil kini berukuran 14 cm,” demikian beritahu Mohamad Iqbal Adib.
“Aydin kena minum dua jenis susu iaitu susu formula yang disalurkan menggunakan tiub di perut dan ambil masa selama tiga jam. Susu lagi satu susu nutrisi (tpn) yang dibekalkan oleh Farmasi HKL. Susu ni kalau on mesin ambil masa 12 jam.
“Jadi isteri saya akan pasang mesin susu ini waktu malam sebab dia tengah tidur jadi tak banyak pergerakan berlaku.
Bagaimanapun Aydin boleh makan makanan pejal lain seperti roti, bijirin bayi dan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Ditanya tentang peluang Aydin untuk kembali normal tanpa perlu bergantung kepada tiub, Mohamad Iqbal Adib memberitahu semuanya bergantung pada dia. Buat masa sekarang Aydin masih lagi memerlukan tiub gestrol di perut & CVL di dada kirinya.
Diberhentikan Kerja
Bapa mana yang tidak resah memikirkan nasib keluarga selepas diberhentikan kerja apatah lagi mempunyai anak yang sedang s4kit.
Mohamad Iqbal Adib mengakui sejak diberhentikan kerja, dia hilang punca pend4patan dan tertek4n kerana memikirkan tanggungan termasuk kos raw4tan anak.
“Saya cuba jual bundle (pakaian terpakai) kerana ramai rakan cadangkan, memandangkan modal tidak terlalu besar.
“Anggaran gaji bersih ketika kerja kilang dulu kira-kira RM1,400 manakala hasil jualan bundle kini tidak menentu, dengan paling sedikit RM20 dan paling banyak antara RM200 ke RM300 sehari.
“Saya baru belajar berniaga, jadi jual murah-murah saja dengan bersiaran langsung di TikTok,” katanya.
“Pernah satu tahap, saya hampir putus asa kerana masalah kewangan namun bangkit semula apabila mengenangkan anak kami.
“Pihak zakat ada beri bantuan untuk anak berdasarkan senarai keperluan dan selebihnya hasil sumbangan orang ramai selepas melihat perkongsian saya mengenai Aydin di TikTok.
Menurutnya dalam sebulan lebih kurang RM400 diperlukan untuk kos perub4tan, susu dan keperluan lain untuk Aydin dan Aydan.
Orang ramai yang ingin membantu Mohamad Iqbal Adib boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7072310580.
Sumber: Metro dan @biasakansaye_