Remaja 15 Tahun Meninggal “Dianggap ‘Wira’ Kerna Bertarung Nyawa Selamatkan Jiran Dalam Kebakaran”

Remaja 15 Tahun Meninggal “Dianggap ‘Wira’ Kerna Bertarung Nyawa Selamatkan Jiran Dalam Kebakaran”

Dianggap ‘Wira’ Bertarung Nyawa Selamatkan Jiran Dalam Kebakaran

Moga syurga tempat remaja lelaki ini. Meskipun baru berusia 15 tahun, namun di anggap ‘wira negara’ kerana sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan dua orang jirannya. Sungguh murni sikap remaja ini yang sanggup berkorban nyawa dan melecur teruk untuk menyelamatkan orang lain wajar dijadikan inspirasi buat remaja lain.

2 Minggu Bertarung Nyawa

Dalam kejadian berlaku di Iran ini, pihak kerajaan telah memberikan penghormatan atas kematian seorang remaja yang meninggal dunia kerana melecur teruk selepas menyelamatkan dua wanita jirannya yang terperangkap dalam kediaman mereka yang terbakar.

Ali Landi, 15, meninggal dunia semalam selepas dua minggu bertarung nyawa.

Media Iran melaporkan, Ali membantu kedua-dua wanita berkenaan menyelamatkan diri dan cuba mencampak silinder gas ke luar tingkap bagi menghalang api daripada terus marak.

Remaja berkenaan meninggal dunia kerana melecur 90 peratus, kata jurucakap hospital Emam Kazem di Isfahan di mana dia dipindahkan dari kampung halamannya di Izeh. Dua jiran yang diselamatkan adalah wanita berusia 80-an dan anak perempuannya, hanya mengalami luka luaran dalam kejadian yang berlaku 9 September lalu.

Bahan Pembelajaran Sekolah

Warga Iran mengagumi keberanian remaja berkenaan dan menggesa Kementerian Pendidikan memasukkan kisah Ali dalam bahan pembelajaran di sekolah.

Kisah pengorbanan beliau juga menurut Presiden IRAN akan dimasukkan dalam bahan pembelajaran di sekolah supaya memberi inspirasi kepada generasi lain.

“Kematian tragis anak muda Ali Landi, seorang remaja yang bersemangat, sangat menyedihkan dan memilukan. Nama remaja yang berani dan bersemangat untuk menyelamatkan dua nyawa akan didaftarkan di kalangan wira negara ini,”

Presiden Iran, Ebrahim Raisi

Hari ini, gambar Ali yang sedang tersenyum menghiasi muka depan hampir kesemua akhbar utama Iran.

Sebuah video dikongsi di media sosial menyaksikan keranda yang membawa Ali dari hospital Isfahan diberi penghormatan oleh orang awam dengan iringan pancaragam tentera sebelum dikebumikan di kampung halamannya. – AFP

Akhir Kata

Selayaknya diberi penghormatan atas nilai murni dan sikap keberanian remaja ini. Semoga ditempatkan di syurga, atas asbab sanggup bertarung nyawa dan mengorbankan diri demi menyelamatkan orang lain.

Sumber Dan Rujukan

BH Via Mingguan Wanita

LihatTutupKomentar