Tular Video Anggota Polis Pantau SOP Disiasat ‘Hingga Dikecam Natizen’
Solat Jumaat: Video tular anggota polis pantau SOP disiasat
Sejak semalam, tular satu video di laman Facebook memaparkan seorang anggota polis sedang memantau prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat di sebuah masjid di Batu 14, Puchong.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dengan kapsyen ‘masuk masjid macam pengganas besar. Allah.’ sehingga mendapat 2,700 perkongsian dalam kalangan warganet.
Memetik laporan Harian Metro, polis kini menjalankan siasatan terhadap video kejadian terbabit yang berlaku pada 1 tengah hari semalam.
“Jumaat (solat) kena ambil tiga (dos) , kena belum ambil lagi booster?”
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, anggota berpangkat Koperal itu bertugas memantau solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.
“Anggota menerangkan berkaitan SOP terbaru bagi Selangor iaitu jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 serta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk,” katanya.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video berdurasi 29 saat tersebut selain disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.