“Jangan Cium Bayi Orang, Anak Sendiri Boleh” – NeeloFA

 

“Jangan Cium Bayi Orang, Anak Sendiri Boleh” – NeeloFA

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa menasihatikan orang ramai tidak sesuka hati mencium anak orang lain sesuka hati bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Neelofa memuat naik video memaparkan seorang individu menerangkan mengenai penyakit Respiratory Syncytial Virus (RSV) yang dijangkiti bayinya sehingga ditahan di wad kecemasan.

Menurut Neelofa lagi, dia berharap mana-mana individu tidak terasa hati kerana ianya demi menjaga kesihatan bayi tersebut.


“Jangan cium orang lain punya bayi.. cium anak sendiri boleh. Ok? Jangan terasa, demi kesihatan bayi kecil,” tulisnya.

Dalam pada itu, Neelofa mengakui bimbang apabila orang luar memegang pipi cahaya sulungnya itu, Muhammad Bilal apatah lagi mencium anaknya.

“Kadang bila tengok orang luar pegang pipi anak sendiri pun mak dia ni rasa dah tak boleh nafas, apa lagi kalau cium.. Ummi Bilal ni jerit tak berlagu kot,” tulisnya.

Untuk info,  jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak dibawah usia 2 tahun. 



Sumber: ROTIKAYA

LihatTutupKomentar