Pasangan Suami Isteri M4ut Tercampak Di Lebuh Raya Dengan Menaiki Motorsikal Untuk Keperluan Aktiviti Grab

Pasangan Suami Isteri M4ut Tercampak Di Lebuh Raya Dengan Menaiki Motorsikal Untuk Keperlua

Pasangan Suami Isteri M4ut Tercampak Di Lebuh Raya Dengan Menaiki Motorsikal Untuk Keperluan Aktiviti  Grab

Sepang: Tragedi menyayat hati apabila pasangan suami isteri maut serentak sejurus motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari tadi, mangsa dikatakan maut serta merta di lokasi kejadian berhampiran Kilometer (KM) 49.5, Jalan Cyberjaya/Dengkil (Puchong) menghala ke Cyberjaya di sini.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal dibawa suami mangsa terlanggar bahagian belakang lori rosak yang berhenti di lorong kecemasan.

Menurutnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti waris mangsa.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber HM

LihatTutupKomentar