Remaja 16 tahun ini menangis semahunya apabila did4kwa atas tudvhan sengaja membvnuh, “cek!k dan hempas ke lantai hanya disebabkan RM4”.
Susulan tragedi hitam yang menimpa pelajar berusia 11 tahun Mac lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan.
Remaja didakwa sengaja membvnuh
Memetik laporan Awani, suspek didakwa dengan sengaja membunuh rakannya di surau sebuah asrama anak-anak yatim dan miskin di Kuantan pada jam antara 3.45 petang hingga 4.15 petang.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Walaubagaimanapun, Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, mangsa berusia 11 tahun itu didakwa telah dicekik serta dihempas ke lantai hingga menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri selepas dituduh mengambil wang RM4 suspek.
Lebih meruntun hati, mangsa disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Kanak-kanak m4ut dibel4sah rakan asrama anak yatim
Seorang kanak-kanak penghuni asrama anak yatim dan miskin, di sini, mati selepas dipercayai akibat dibelasah seorang rakan satu asrama, semalam.
Mangsa berusia 11 tahun dipercayai disepak, dicekik dan dihempas ke atas lantai oleh suspek berusia 16 tahun sehingga tidak sedarkan diri ketika berada di bangunan surau asrama itu antara jam 3.45 hingga 4.15 petang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk, menerima rawatan.
Beliau berkata, kejadian disedari penyelia asrama (pengadu) berusia 35 tahun selepas mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa tiga penghuni lain termasuk suspek untuk menemuinya pada 4.15 petang.
“Ketika itu mangsa masih bernyawa dan awalnya disyaki diserang sawan lalu pengadu bersama seorang lagi penyelia asrama segera membawanya ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.
“Sejurus tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata, pengadu kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku ketika mangsa bersama tujuh rakan termasuk suspek yang dilantik sebagai ketua ditugaskan untuk melakukan gotong-royong membersihkan surau.
“Ketika berada di surau itu, suspek dipercayai mencekik dan menghempas mangsa ke lantai hingga mangsa tidak sedarkan diri.
“Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang didakwa mengambil wangnya berjumlah RM4,” katanya.
Beliau berkata, suspek dikatakan tidak puas hati dengan sikap mangsa yang tidak mengambil serius tegurannya dan perbuatan suspek terbongkar selepas kejadian itu disaksikan tujuh penghuni asrama lain.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat dan suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 27 Mac untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: redaksi dab metro