Yasmin Hani Akui Tak Suka Memasak, Sanggup Berlapar Asalkan Rumah BersiH
Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani mengakui dia tidak gemar memasak dan lebih mementingkan kebersihan rumah serta suka mengemas.
Memetik Xtra, Yasmin berkata dia hanya akan memasak apabila perlu sahaja serta sanggup berlapar asalkan rumahnya bersih.
“Saya boleh memasak cuma tidak sampai level seperti ibu. Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Tahap keyakinan saya dalam bab mengemas ni sampai rasa boleh buka business mencuci..
“Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?
“Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya ialah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak saja,” katanya.
Menjadi hos Dapur Tempur, Yasmin berharap suatu hari nanti hatinya terbuka untuk minat memasak. Yasmin sempat berkongsikan dia sering dimarahi apabila masuk ke dapur memandangkan dia anak perempuan bongsu.
“Dulu bila saya masuk dapur, saya kena marah dan halau. Dah ada tiga orang (kakak Yasmin) di dapur, jadi yang bongsu ni tak pandai masak buat apa? Saya keluar kemas satu rumah.
“Saya rasa lebih suka mengemas sebab keadaan saya membesar macam tu. Saya suka diberi peluang untuk sertai program masakan Dapur Tempur ni sebab saya dapat banyak belajar. Saya fikir balik dan berdoa ‘Ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai memasak’.
“Sebelum ni saya doa untuk luangkan masa dengan anak-anak, Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan,” katanya.
Sumber: ROTIKAYA