‘Krisis Makanan Bukan Main-Main.’ Kemerosotan Gandum Seluruh Dunia, Rakyat Malaysia Perlu Bersedia
‘Krisis makanan bukan main-main.’ Kemerosotan gandum seluruh dunia, rakyat malaysia perlu bersedia. Perkara ini jangan dibuat main, kerana bukan seorang dua yang terjejas, masalah satu dunia.
Mungkin setengah orang beranggapan tak makan gandum bukan boleh mati pun tetapi jika difikir kesan jangka panjang, banyak yang akan menerima impaknya.
Kongsi Khairul Hakimin Muhammad, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia gais…
Selepas Rusia dan Ukrain berperang dan masih belum berhenti sehingga hari ini, kemerosotan gandum berlaku di seluruh dunia.
Terbaru, India pula tarik brek dan hentikan eksport gandum ke luar negaranya. Siap sedia krisis gandum besar-besaran kali ini. Gandum tiada, tepung tiada. Produk berasaskan gandum (tepung) semua akan tiada stok.
Bukan Main-Main
Krisis makanan gais. Tak main-main punya.
Apabila ada stok, stok yang ada akan sedikit. Apabila sedikit, harganya akan tinggi. Standby belaka kenaikan harga tepung dan yang seangkatan dengannya gais.
2-3 bulan lepas seguni boleh dapat RM69. Kini seguni dalam RM90. Lepas ini tak tahulah berapa.
Siap sedia semua.
Kemerosotan Gandum Seluruh Dunia
India melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta, ketika gelombang haba akibat cuaca panas terik menjejaskan hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.
Bagaimanapun, Kerajaan India menjelaskan, pihaknya masih membenarkan eksport membabitkan surat kredit sudah dikeluarkan serta atas permintaan negara yang berusaha memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka.
Rakyat Malaysia Perlu Bersedia
Sebelum penguatkuasaan larangan itu, India menyasarkan untuk mencatat rekod eksport 10 juta tan gandum, tahun ini.
Larangan eksport oleh India itu boleh mengakibatkan harga global melonjak ke paras baharu, sekali gus menjejaskan pengguna miskin di Asia dan Afrika.
Harga gandum di India meningkat kepada rekod tertinggi, dengan beberapa pasaran mencecah 25,000 rupee (RM1,418) per tan, berbanding harga sokongan minimum ditetapkan kerajaan sebanyak 20,150 rupee (RM1,143).
Sebagai isteri dan ibu, kawallah perbelanjaan isi rumah dan berbelanja mengikut keperluan tanpa perlu membazir.
Sumber Dan Rujukan
- Mingguanwanita
- Berita harian
- Khairul hakimin