“Moga Kedua-Dua Isteriku Tenang & Bersabar” – Syamsul Yusof

 

“Moga Kedua-Dua Isteriku Tenang & Bersabar” – Syamsul Yusof

Selepas beberapa hari memuat naik pengakuan sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, pengarah terkenal Syamsul Yusof akhirnya dilihat memuat naik perkongsian terbaru apabila berkongsikan foto pernikahan bersama kedua-dua isterinya.

Menerusi perkongsian itu, Syamsul turut meminta kedua-dua isterinya bersabar dan bertenang serta memita orang ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka.


“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” tulisnya.

Terdahulu, susulan pengakuan Syamsul itu ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Patimah Ismail berkata dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua anaknya itu dengan Ira Kazar.

Sementara itu, Datuk Yusof Haslam berkata tiada keperluan untuk dia bersemuka dengan besannya, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka serta mengatakan tiada apa yang perlu dibincangkan.

LihatTutupKomentar