“Pemakaian Pelakon Bertepatan Dengan Cara Pemakaian Di Pulau” – Penerbit Pulau


“Pemakaian Pelakon Bertepatan Dengan Cara Pemakaian Di Pulau” – Penerbit Pulau

Syarikat penerbit filem Pulau iaitu WebTVAsia menjelaskan pihak tiada niat untuk menghina atau menyinggung perasaan sesiapa susulan kontroversi membabitkan babak ‘panas’ dalam filem tersebut.

Memetik MalaysiaKini, pengasasnya Fred Chong berkata orang ramai tidak wajar untuk menghukum filem itu hanya berdasarkan klip promosi yang dipaparkan sebelum menonton filem penuh.

“Apa yang dilihat melalui trailer tersebut cuma satu peratus daripada keseluruhan kandungan filem. Jadi saya berharap masyarakat tidak membuat andaian sebelum menonton filem penuh yang bakal keluar pada 9 Mac ini,” katanya.

Menurutnya lagi, mengenai pemakaian pelakon pula hanyalah pakaian seperti biasa oleh mana-mana individu yang pergi bercuti ke pulau.

“Pemakaian pelakon pula adalah bertepatan dengan cara pemakaian di pulau,” katanya.

Terdahulu, trailer filem tersebut hangat diperkatakan apabila didakwa mempunyai unsur lucah dan ‘soft porn’ serta tidak sesuai ditayangkan di Malaysia.

Malah, ada yang mempersoal bagaimana filem itu mampu melepasi saringan Lembaga Penapis Filem (LPF) kerana mengandungi kandungan yang didakwa tidak bersesuaian seperti watak lelaki tidak berbaju, wanita berbikini serta babak berpelukan.

LihatTutupKomentar