Puteri Sarah Tunjuk Reaksi ‘Jengkel’ Andai Dapat Tahu Suami Masih Rindukannya
Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof masih menjadi bualan apatah lagi 7 Mac depan merupakan hari sebutan kes perceraian yang telah difailkan aktres itu.
Baru-baru ini, Puteri Sarah dillihat ada memuat naik video di aplikasi TikTok mencuba permainan berbentuk ‘tekaan’ sama ada si ‘dia’ rindukannya atau tidak.
“Adakah dia rindukan saya?” tulis soalan berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian, pada awalnya wajah Puteri Sarah dilihat tersenyum namun reaksi wajahnya bertukar sebaik membaca jawapan yang keluar.
“Kadangkala dia rindu dan memikirkan kamu ketika keseorangan,” tulis jawapan itu.
Bukan itu sahaja, kapsyen yang ditulis olehPuteri Sarah turut menjadi perhatian ramai berbunyi, ”Minta simpang tak nak,” tulisnya.
Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan reaksi muka pelakon itu apabila jawapan tersebut muncul.
Malah, rata-rata netizen mendoakan agar Puteri Sarah dan anak-anak bahagia selalu dan mengatakan pelakon itu berhak bersama yang lebih baik.