"Gaji dia tolak, Elaun dia tolak, Mercedes dia Tolak, Penyamun dia ambik 🥴...",-
Gaji dia tolak, Elaun dia tolak, Mercedes dia Tolak, Penyamun dia ambik 🥱🥱🥱 Baru Sahaja Dilantik Sebagai TPM, Zahid Hamidi Telah Menjadi Bahan Lawak Oleh Netizen. Hoi, hoi ya hoi, siapa sokong penyamun
PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelantikan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk manakala Fadilah merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya diumumkan oleh Anwar dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Senarai barisan kabinet PM Anwar Ibrahim :
Anwar sebagai Menteri Kewangan
Ahmad Zahid dilantik sebagai TPM dan Menteri Kemajuan Kampung dan Wilayah
Fadillah Yusof dilantik Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Perladangan dan Komoditi
Nga Kor Ming dilantik Menteri Pembangunan, Kerajaan Tempatan.
Fahmi Fadzil dilantik sebagai Menteri Komuniti dan Digital
Fadhlina Sidek terajui Kementerian Pendidikan
Nancy Shukri dilantik sebagai Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri di Kementerian Pertahanan
dibawa oleh Mohammad Hassan, Naib Presiden Umno.
Menteri Pengangkutan - Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian - Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi - Rafizi Ramli
Menteri KPKT - Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan - Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Menteri KDN - Saifuddin Nasution Ismail
Menteri MITI - Tengku Zafrul
Menteri Pengajian Tinggi - DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
Menteri Wanita - Hajah Nancy Haji Shukri
Menteri KPDNKK - Salahuddin Ayub
Menteri JPM (Undang-undang) -
Azalina Othman Said
Persekitaran - Nik Nazmi
Kementerian Luar - Zambry Kadir
KKOM Fahmi Fadzil
Pendidikan - Fadhlina Sidek
Menteri Agama - Mohd Naim
Menteri KBS - Hannah Yeoh
Menteri kesihatan - Dr. Zaliha Mustafa
Kewujudan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah julung kali diadakan
setelah mengambil kira penyertaan
Barisan Nasional (BN) dan Persatuan Parti Sarawak (GPS) di kerajaan Perpaduan
Beliau berkata, jawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka akan diberikan kepada blok terkuat lain dalam kerajaan perpaduan iaitu BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Anwar berkata, itu adalah amalan biasa dalam setiap kerajaan kerana jawatan Perdana Menteri adalah dari Pakatan Harapan (PH), biasanya TPM (akan dipilih) dari parti komponen kuat yang lain.