Zamarul Hisham Dedah Sikap Rita Nadira Ketika Digandingkan Dalam Telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’
Sejak ditayangkan pada Sabtu lalu, telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ yang ditayangkan di TV3 masih menjadi bualan sehingga ke hari ini.
Telemovie yang mengisahkan tentang Razil (Zamarul Hisham) yang tetap setia dan menyayangi isterinya, Salinah (Rita Nadira) walaupun telah meninggalkannya demi lelaki lain.
Susulan tayangan telemovie tersebut, para peminat dilihat bertanya pelbagai soalan terhadap Zamarul Hisham termasuklah sikap Rita Nadira apabila mereka berdua digandingkan bersama dalam telemovie tersebut, ketika sesi live bersama peminat di TikTok.
“Seorang Pelakon Yang Tak ‘Langsi’ Dekat Set..”
Dedah Zamarul, Rita Nadira merupakan seorang pelakon yang tak ‘langsi’ di set penggambaran serta tidak banyak songeh.


