Hattan terus digesa mohon maaf... Gabungan kelab media kesal sikap tidak profesional artis senior

Hattan terus digesa mohon maaf... Gabungan kelab media kesal sikap tidak profesional artis senior


GABUNGAN Kelab Media Malaysia (GKMM) menggesa Datuk Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung sikap tidak profesional serta respon balas berbaur hinaan terhadap seorang penyampai berita.

Presidennya, Mohamad Fauzi Ishak kesal terhadap respon Hattan ketika beliau ditemubual secara langsung oleh penyampai berita agensi media tempatan pada Jumaat.

"Respon balas dinyatakan Hattan dalam temubual itu jelas menunjukkan sikap tidak profesional beliau terutama ketika memberi kenyataan kepada media, selain dilihat turut menghina profesion kewartawanan serta stesen media arus perdana negara.

"Sikap tidak hormat ditunjukkan itu turut mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan pengamal media khususnya kumpulan wartawan, selain dikritik secara terbuka orang ramai di media sosial," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohamad Fauzi, mengambil kira status Hattan sebagai individu terkenal dan artis senior negara, beliau wajar mengambil tanggungjawab terhadap reaksi balas dari kalangan wartawan dan orang ramai di media sosial.

Baru-baru ini tular video temubual antara Datuk Hattan bersama penyampai berita, Nur Syazwani Saiful Sham sehingga menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen yang menganggap penyanyi terbabit tidak beradab.


LihatTutupKomentar