Siapa Sangka! Bekas Penyampai Radio FBl Kini Hadir Temu Duga Tauliah Mengajar

Siapa Sangka! Bekas Penyampai Radio FBl Kini Hadir Temu Duga Tauliah Mengajar

Ketika menyemak senarai nama temu duga tauliah, tertera nama Mohd Faizal Bin Ismail. Adakah penama ini bekas penyampai radio yang dikenali sebagai FBl? Maka benarlah apa yang difikirkan.

“Hari ini (kelmarin) beliau hadir untuk sesi temu duga bagi permohonan Tauliah Mengajar.”

Itu perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rizal Ramli yang memuat naik hantaran gambarnya bersama pengacara terkenal dan bekas penyampai radio Faizal Ismail, kelmarin.

Difahamkan Faizal, 46, hadir bagi menjalani sesi temu duga Tauliah Mengajar dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Bahagian Pengurusan Dakwah.

Faizal ketika dihubungi berkata, temu duga itu adalah peringkat kedua selepas lulus uji4n penilaian peringkat pertama secara berkomputer.

“Itu sesi temu duga tauliah Jais. Saya belum dapat lagi jadi taklah ber4ni nak cakap apa-apa. Cuma sahabat saya Ustaz Yusri yang mencadangkan saya ambil sebab pihak surau dan masjid banyak menjemput saya menjadi penceramah. Jadi, kalau ada tauliah akan memudahkan urusan mereka dan saya juga.

“Permohonan tauliah ini untuk kategori Ceramah Umum. Lagipun memang sebelum ini saya banyak terb4bit dalam bentuk forum dan perkongsian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Faizal, tauliah itu memudahkan pihak yang ingin menjemput dirinya agar tidak timbul masal4h.

“Tauliah ini memudahkan pihak yang ingin menjemput supaya tak ada mas4lah yang timbvl seperti penyeb4ran fahaman yang tak sel4ras dengan ajaran Islam.

“Apa yang mendorong saya untuk memohon Tauliah Mengajar ini adalah saya berazam untuk berdakwah melalui penghijrahan supaya lebih ramai umat Islam berubah kepada kebaikan seterusnya mempunyai hubungan yang kuat dengan Pencipta (Allah SWT),” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro via Newstoday80

LihatTutupKomentar