Pilu ‘Pemandu Towing Parah Dilanggar Motosikal ketika berhenti untuk menukar tayar lori pancit(Al-Fatihah)

Pilu ‘Pemandu Towing Parah Dilanggar Motosikal (Al-Fatihah)

Pemandu towing parah dilanggar motosikal

SEORANG pemandu towing parah selepas dilanggar sebuah motosikal ketika berhenti untuk menukar tayar lori pancit dalam satu kejadian di Kilometer 99.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Petani kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Mangsa Norli Asmadi Salleh, 41, dilapor mengalami pendarahan dalam kepala dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sungai Petani.

Menurut adik mangsa Muhammad Yusri Salleh, 28, abangnya itu turut patah kaki kiri dan kini masih tidak sedarkan diri.

“Abang saya mengalami pendarahan otak, dan tulang betis patah,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Norli Asmadi terbaring sebelah lori yang pancit tayar (dalam bulatan).

Yusri berkata, abangnya itu dalam perjalanan dari Alor Setar ke Sungai Petani Selatan untuk mengambil sebuah kereta.

Katanya, ketika dalam perjalanan tayar lori yang dipandu abangnya telah pancit, sebelum bertindak memberhentikan kenderaan di bahu jalan di mana tempat kejadian berlaku.

“Sebenarnya tayar lori dah pecah dalam 2 kilometer, tapi abang saya bawa perlahan lahan. Kemudian, dia berhenti tepi di tempat yang sesuai untuk menukar tayar.

Penunggang motosikal yang turut dilaporkan cedera

“Secara tiba-tiba, ada motor yang datang dari arah belakang merempuhnya,” katanya.

Ditanya adakah pihak keluarga sudah membuat laporan polis, dia tiada menjawab masih belum berbuat demikian.

Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal turut dilaporkan cedera.

Sumber Dan Rujukan

Utusan TV

LihatTutupKomentar