Jalan Pegang Tangan, Fatin Afeefa Tayang Kekasih Jutawan?
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu antara pelakon Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz berikutan ungkit-mengungkit kisah perceraian mereka.
Baru-baru ini gambar Fatin menjadi bualan yang banyak memaparkan aktres itu bersama lelaki yang didakwa kekasihnya.
Menerusi gambar tersebut, Fatin berpegangan berpegangan tangan dengan lelaki misteri itu sekaligus membuat netizen tertanya-tanya siapa gerangan jejaka kacak itu.
Di media sosial, ada netizen mendakwa lelaki tersebut merupakan seorang jutawan namun tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu.
Dalam pada itu, ada netizen mendakwa mungkin ini sebab mengapa bekas suami 'meroyan' kerana Fatin dikatakan sudah bahagia bersama yang lain.
Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan agar Fatin segera membangun rumah tangga serta memuji pasangan itu sememangnya sama cantik, sama padan.
Terdahulu, Fatin berkata dia sudah pun move on than than about the kisah lalu perkahwinannya serta mengatakan bakal berkahwin dengan teman lelakinya.
Sumber: ROTIKAYA