Innalilahi Terjadi Lagi Anggota Polis Maut, Motosikal Berkuasa Terbabit Tinggi Berlanggar Dengan MPV

Innalilahi Terjadi Lagi Anggota Polis Maut, Motosikal Berkuasa  Terbabit Tinggi Berlanggar Dengan MPV

LUBOK ANTU: Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang terbabit kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 33 Jalan Sri Aman/Sarikei pagi tadi.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang maut, Muhammad Azmie  Matnor,35, bertugas di Balai Polis Skrang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berlaku ketika motosikal Honda CBR250B bergerak Lurus dari arah Betong menuju ke arah Sri Aman.

"Motosikal ditunggang mangsa telah berlanggar  dengan MPV Toyota Ipsum yang telah keluar daripada simpang Pekan Engkelili," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu  penunggang maut di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Ipsum berusia 64 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

"Pemandu MPV ditangkap di bawah Sekyen 112  Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

"Kes masih lagi dalam siasatan pihak polis," tegasnya.

LihatTutupKomentar