[Terkini] Ulama terkenal Kedah, ” Pak Su Mid meningg4l dunia ” (4Gmbr)
[Terkini] Ulama terkenal Kedah, ” Pak Su Mid meningg4l dunia ” (4Gmbr)
Alor Setar: Ulama terkenal Kedah, Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau Pak Su Mid, Kuala Nerang meninggal dunia petang tadi dipercayai akibat sakit tua.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi hantaran Facebook berkongsi berita kematian ulama berusia 96 tahun itu jam 7.15 malam ini.
Telah menghadap Pencipta, permata bumi Kedah sebentar tadi, Semoga rohnya dihimpunkan bersama para anbiya dan orang orang soleh. Al-Fatihah,katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, Pak Su Mid men1nggal dunia kira-kira jam 6 petang tadi di sebuah hospital swasta di Alor Setar.
Saya difahamkan Allahyarham men1nggal dunia akibat sakit tua selepas beberapa lama dikhabarkan tidak sihat.
Jen4zah sudah dibawa pulang ke rumahnya di Kuala Pai, Bukit Tembaga, Kuala Nerang dan dijangka dikebumikan esok pagi, katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Pak Su Mid dilahirkan pada 1926 terkenal dengan kata-kata hikmahnya dan penuh kiasan dalam memberi nasihat.
SIAPAKAH PAKSU MID BUKIT TEMBAGA KEDAH?
Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 – 11/11/2022 )
Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.
Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Diantara guru beliau ialah :
1. Syeikh Abu Bakar Palestin
2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun – Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok
3. Pak Da Eil Mekah
4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik – Pondok Langgar
Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .
Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.
Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:
1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
3) Khozinatul Asror
Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja .
Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.
Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa.
Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.
Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :
1. Pastikan diri sentiasa berwuduk.
2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.
3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.
4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.
5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat .
6. Sapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah.
7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.
Ayuh kita sedekah Al – fatihah dan 3x Surah Al-Ikhlas untuk Almarhum PakSu Mid Kuala PaiAl fatihah.
PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sembang Dunia juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.