Gara-gara Babi Hutan “Suami isteri meninggal dunia terlibat dalam….” Al- Fatihah
Suami lsteri MeninggaI Dunia ‘Van Terbabas Elak BABl Hutan Melintas’
GUA MUSANG – Percutian sepasang suami isteri ke Kelantan berakhir tragedi apabila kedua-duanya maut manakala lima lagi cedera
selepas van yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang selepas mengelak seekor babi yang melintas di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Abu Hasan Osman, 65, dan isterinya, Salbiah Ab. Latip, 58, yang duduk di tempat duduk penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara itu, pemandu van, Mohammad A. Rahman, 54, penumpang hadapan, Fadilah Mirasahib, 53, bersama penumpang belakang, Noraimi Mat Rejab, 45, Fatimah Zakiah Abd. Rahman 42, dan Amirul Azieq Mohammad, 13, mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan.
Menurut Choon Foo, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat manakala lima yang lain dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dekat sini.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..
Sumber Dan Rujukan
kosmo Via Majalah Utusan