
“Syamsul & Ira Kazar Kini Dalam Siasatan Akta Persetubuhan Luar Nikah” – Puteri Sarah
Pelakon Puteri Sarah mempersoalkan tindakan suaminya, pengarah Syamsul Yusof yang memfailkan permohonan nusyuz selepas empat tahun berdepan kemelut rumah tangga.
Memetik OhBulan, Puteri Sarah berkata dia tidak takut dengan permohonan yang dibuat Syamsul kerana percaya dirinya berada di pihak benar. Malah turut mengingatkan bahawa Syamsul dan Ira Kazar sedang disiasat atas kesalahan persetubuhan luar nikah.
“Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu . Apa yang dia mahukan lagi?
“Isterinya (Ira Kazar) pun sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah,” katanya.
“Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata istilah nusyuz selayaknya diberikan kepada suaminya kerana mengabaikannya.
“Jadi siapa yang nusyuz? Insya Allah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya.
Hari ini, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur.
Syamsul turut mendakwa isteri pertamanya itu curang terhadapnya apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki yang berstatus suami orang.